SEJARAH STAR IPOH



Asas penubuhan STAR didasarkan pada cadangan yang dinyatakan dalam Penyata Razak 1956.Tujuannya adalah untuk memberikan peluang kepada pelajar Melayu muda untuk meneruskan pengajian sekunder . Pada tahun 1956, kumpulan pertama seramai 40 pelajar ditumpang sementara di Pasir Puteh Primary School Ipoh, pelajar-pelajar ini seterusnya mendaftar semula untuk belajar di tempat baru yang dikenali sebagai Malay Secondary School pada tanggal 2 Januari, 1957. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini ditumpangkan sementara di lima bangunan yang pernah digunakan oleh Askar Melayu yang terletak di Baeza Avenue. Pada 1 November 1956, Pejabat Kehutanan Kuala Lumpur telah diminta untuk membantu mendirikan dua belas bilik darjah (Tingkatan) yang baru, enam bilik mandi dan memperbesarkan dapur. Semua bangunan ini diperbuat daripada papan dan siap dibina pada 18 Januari 1957. Pada 2 Januari 1957 Encik Hamdan Sheikh Tahir telah mula bertugas sebagai Guru Besar dan dibantu oleh 15 orang guru yang mula bertugas pada 7 Januari 1957.



Kemasukan pertama murid bermula pada hari Ahad 13 Januari 1957. Seramai 200 murid berumur 14 dan 15 tahun telah diterima daripada pusat-pusat kelas peralihan yang terdapat di Ipoh, Johor Bharu, Kuala Lipis, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang telah diterima masuk dan ditempatkan di lima kelas tingkatan satu. Pada Mac 1957 seramai 160 murid yang berumur 13 dan 14 tahun telah melapor diri yang telah lulus peperiksaan Sekolah Melayu dan dimasukkan ke dalam empat buat darjah Tingkat Khas. Pada 20 Februari 1957, ketetapan telah diterima dalam untuk menggunakan warna MERAH dan PUTIH sebagai lambang sekolah dan cogankata sekolah pula ialah ILMU PANDUAN HIDUP.


Logo STAR Ipoh


 Pada tahun 1958, sekolah ini telah berpindah ke bangunan sendiri yang terletak di Tiger Lane Kini dikenali sebagai Jalan Sultan Azlan Shah. Kawasan sekolah seluas 46 ekar dan dilengkapi dengan enam bangunan asrama dan dua bangunan utama untuk 13 bilik darjah, bangunan pentadbiran, bilik pertukangan, dewan perhimpunan di samping dilengkapi dengan tiga buah padang, surau dan paviliion. Pada 14 Mei 1958, sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Tuanku Abdul Rahman, mengambil sempena nama DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang pertama. Majlis penamaan sekolah ini telah disempurnakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada 23 September 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang pertaman telah mencemar duli mengadakan lawatan rasmi ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman.

Galeri tun hamdan yang terdapat di STAR ipoh

Comments

Popular posts from this blog

Watch Free Movies

How to become a great person