SPM Bukan Segalanya



Kita mesti pernah dengar kan "SPM bukan segalanya". Ni memang ayat2 cliche lah time result spm keluar. So disebabkan sekarang ni memang time2 ayat ni selalu keluar, ni aku nak habaq mai kat hangpa ni. Memang betul Spm bukan segalanya. Time sebelum spm, cikgu2 semua cakap spm ni penting, nak masuk Universiti, dapat kerja bagus, jadi kaya raya bagai. Tapi, cuba bayangkan lepas spm, dah masuk Universiti, ada pulak cabaran lain. Pakat lah berebut nak dapat 4 flat. Itulah hakikatnya kehidupan kita kat malaysia ni. Ayat2 macam ni selalunya org bagi kat orang2 yang result spm dia kurang memberansangkan. Aku cakap "kurang memberangsangkan" bukan bermaaksud fail ke banyak D ke apa. Tapi.... kurang memberangsangkan lah. Haaa macam tu. Kononnya ni ayat nasihat yang paling berguna  supaya diorang tak frust dengan result diorang yang... hmmmm tu. Okay aku tak kata nasihat tu salah tapi kalau kita tengok balik, result ni memang bukan segalanya tapi kita tak boleh berpegang terus dengan kata2 tu. Sebab apa?
Sebab kalau kita pegang kata2 tu, memang sampai bila2 lah kita tak akan berubah. Ohhh spm bukan segalanya, ramai lagi orang yang berjaya tak ada sijil pun. Businessman yang kaya- raya tu spm pun tak lepas, tapi boleh saja berjaya. Jadi jutawan.

Ok perkara tu memang la betul, tapi kita kena tengok jugak macam mana dia boleh berjaya even tak ada sijil. Haaa tu sebab dia dah bersusah payah bertahun-tahun nak jadi kaya. Pernah tak kita selidik kesusahan yang dia hadapi sebelum jadi kaya? pernah tak? Yang kita tahu dia tak ada sijil tapi boleh jadi kaya. Point aku yang sebenarnya ialah kita patut jadikan spm ni sebagai turning point untuk kita berjaya pada masa depan. Jangan rasa selesa sangat sebab dengar cerita2 macam tu. Payah lah macam tu.
So, pada pendapat aku SPM ni segalanya, SPM ni lah yang patut membuatkaan kita berubah, jadi orang yang lebih baik dari sebelum ni. Kalau sebelum ni kita jarang solat, jarang baca quran, dengan result spm ni lah kita kena muhasabah diri balik. Apa yang membuatkan aku tak dapat result yang baik macam kawan2 yang lain? Mungkin kita dapat result macam tu sebab Allah masih sayangkan kita. Dia nak kita berubah. Dia tak nak kita leka dengan hal2 duniawi ni, nanti dapat result bagus pergi oversea pastu agama hancur. Pernah tak terfikir macam tu. Sebab tu lah tak semua orang boleh dapat result yang hebat. Manusia ni lain2. So janganlah sedih sangat dengan result yang kita dapat. Tujuan hidup kita yang sebenar bukannya SPM, bukannya kerja gaji mahal, bukannya jadi jutawan. Tapi beribadat kepadaNya sebab kita akan tinggalkan jugak dunia ni satu hari nanti. Sekian sahaja untuk kali ni. Nah ni ada video sikit yang aku "curi" dari fb. Haha, enjoy your life


Comments

Popular posts from this blog

SEJARAH STAR IPOH

Watch Free Movies

How to become a great person